Tugasan untuk semua peserta. InshaAllah.
PERATURAN
Isi borang penilaian dengan menekan butang "Borang Penilaian" selepas anda melaksanakan langkah-langkah ✅ 1 hingga ✅ 5 dalam proses penilaian yang diterangkan di laman web ini.
Baca Surah yang telah dihafal sambil melihat mushaf.
Fokus pada tajwid, makhraj, dan sifat huruf seperti yang telah dipelajari dalam bengkel atau sesi pertemuan bersama guru.
Ulangkaji dengan menonton semula rakaman bengkel (jika ada).
Baca Surah yang telah dihafal (atau setakat mampu) tanpa melihat Al-Quran.
Ulang sehingga yakin dan lancar.
Rakam bacaan tanpa melihat mushaf.
Jika tersangkut atau lupa, berhenti, ulang semula latihan, dan rakam sekali lagi.
Ini penting jika tiada rakan untuk menyemak bacaan.
Dengar semula rakaman bacaan.
Tandakan ayat yang lemah atau ada kesilapan dalam mushaf.
Fokus lebih pada bahagian ini ketika murajaah.
Guna panduan penilaian yang diberi (Panduan disertakan di bawah).
Jujur dengan penilaian untuk penambahbaikan.
PERATURAN
Isi borang penilaian dengan menekan butang "Borang Penilaian" selepas anda melaksanakan langkah-langkah ✅ 1 hingga ✅ 5 di atas. Panduan menilai disertakan di bawah.
⭐ 1 Bintang --> Bacaan masih lemah. Banyak kesalahan tajwid.
Makhraj tidak jelas, panjang pendek tidak tepat
Banyak hukum tajwid tidak dibaca dengan betul (contoh: ikhfa', idgham, qalqalah)
Perlu bimbingan dekat dan berterusan
Hafal hanya sedikit atau masih lihat mushaf
⭐⭐ 2 Bintang --> Sudah mula kuasai asas, tapi banyak kesilapan kecil tajwid.
Makhraj dan panjang pendek kadang betul, kadang salah
Masih keliru hukum tajwid di beberapa tempat
Boleh hafal beberapa ayat, tapi bacaan tidak lancar
Perlu latihan ulangan dan pemantauan
⭐⭐⭐ 3 Bintang --> Tajwid sederhana baik. Beberapa kesalahan kecil.
Sebutan huruf jelas, hukum tajwid kebanyakan betul
Kesalahan lebih kepada kelalaian atau tidak konsisten
Hafalan lancar untuk beberapa ayat
Pelajar faham kesalahan bila ditegur
⭐⭐⭐⭐ 4 Bintang --> Tajwid sangat baik. Sebutan tepat dan konsisten.
Makhraj dan sifat huruf betul
Hukum tajwid dibaca tepat dan yakin
Hafazan baik dan lancar untuk bahagian yang ditasmi’
Bacaan tenang, yakin, dan menyenangkan didengar
⭐⭐⭐⭐⭐ 5 Bintang --> Bacaan hampir sempurna. Tartil, tajwid lengkap dan penuh penghayatan.
Semua hukum tajwid betul
Sebutan huruf jelas dan tepat
Hafazan lancar, tidak tersekat
Bacaan seperti qari’, sedap didengar dan berkesan
PERINGATAN MESRA
Sudahkah anda melaksanakan langkah-langkah ✅ 1 hingga ✅ 5 dalam proses penilaian di atas? Jika Ya, sila isi borang penilaian dengan menekan butang "Borang Penilaian".
Semoga Allah Taala kurniakan kita semua taufiq dan hidayah, serta jadikan kita semua daripada golongan yang dikatakan di dalam hadith ini:
روى الترمذي (2914) وأبو داود (1464) واللفظ له ، عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ : اقْرَأْ وَارْتَقِ وَرَتِّلْ ، كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا ، فَإِنَّ مَنْزِلَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَؤُهَا )
Maksud hadith riwayat Tirmidhi & Abu Dawud itu, sabda Rasulullah (saw): Dikatakan kepada orang yang membaca (menghafalkan) al-Qur’an nanti, ‘Bacalah dan naiklah serta tartillah sebagaimana engkau di dunia mentartilnya! Karena kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca (hafal)'.