Semoga Allah mempermudahkan urusan, menerima segala usaha, dan mengurniakan rahmah kepada para guru dan peserta sepanjang program berlangsung. Aamiin.
Peraturan serta Panduan Tasmi' & Muroja'ah
Bagi memastikan sesi tasmi' dan muroja'ah berjalan dengan lancar serta memberi manfaat kepada semua, mohon kerjasama semua peserta untuk mematuhi perkara-perkara berikut:
Hadir pada waktu yang telah ditetapkan.
Pastikan internet, mikrofon dan kamera berfungsi dengan baik sebelum sesi bermula.
Sila masuk ke pautan Zoom beberapa minit lebih awal sebelum giliran.
Semak jadual giliran yang telah diedarkan dan pastikan hadir mengikut nombor giliran masing-masing.
Sekiranya tidak dapat hadir pada giliran yang telah ditetapkan, sila maklumkan dalam group Whatsapp seawal mungkin. Ini bagi memudahkan urusan susunan giliran dan mengelakkan mesej terlepas pandang kerana urus setia program juga merupakan guru pembimbing. Kegagalan memaklumkan lebih awal boleh menyebabkan guru menunggu, tercari-cari pelajar, dan giliran peserta lain turut terjejas.
Sila masuk ke Breakout Room yang telah ditetapkan. Jika tersilap bilik, maklum dalam group Whatsapp mohon bantuan.
Buka kamera sepanjang sesi tasmi' atau muroja'ah, kecuali jika dimaklumkan sebaliknya.
Pastikan mikrofon jelas dan berada di tempat yang tenang bagi mengelakkan gangguan bunyi.
Tidak dibenarkan merujuk mushaf, telefon atau apa-apa bahan rujukan semasa tasmi' atau muroja'ah. Bacalah berdasarkan hafalan yang telah diusahakan.
Sekiranya terlupa, bertenang. Berusaha mengingati terlebih dahulu. Guru akan sentiasa membantu. InshaAllah.
Berikan tumpuan sepenuhnya kepada bacaan dan teguran guru. Catat pembetulan jika perlu untuk diperbaiki selepas sesi.
Seperti biasa, ikut giliran seperti dalam senarai yang diedarkan kepada semua peserta. Setiap seorang diberi masa lebih kurang 10-12 minit.
Tasmi’ dimulakan dengan ayat yang baharu dahulu. Jika sudah lancar, boleh diulang semula bermula daripada ayat-ayat pada sesi sebelumnya atau ikut sahaja permintaan guru masing-masing. InshaAllah.
Jagalah adab dan aurat sepanjang berada bersama guru.
Pilih tempat yang sesuai untuk sesi. Sebaiknya duduk membelakangkan dinding atau latar belakang yang kemas supaya tiada orang lalu-lalang di belakang.
Elakkan makan, berbual atau melakukan perkara lain yang boleh mengganggu tumpuan semasa sesi berlangsung.
Bertutur dengan sopan dan hormati guru serta rakan-rakan peserta.
Maklumkan di dalam group WhatsApp sekiranya tidak dapat hadir, supaya guru tidak menunggu lama atau tercari-cari dan urusan kelas dapat disusun dengan lebih baik.
Bacalah dengan tartil — tenang, jelas, teratur dan tidak tergesa-gesa. Berikan setiap huruf haknya dari sudut makhraj, sifat dan hukum tajwid.
Perkemaskan hukum tajwid, sifat huruf dan makhraj huruf supaya setiap ayat dapat dibaca sebaik-baik yang kita mampu pada masa ini.
Sentiasalah mendengar dan memerhatikan bacaan sendiri.
Jika melakukan kesilapan, jangan gementar. Ulang dari awal, InshaAllah.
Klik menu Tugasan dalam laman web ini.
Guna panduan penilaian diri yang diberi.
Jujur dengan penilaian untuk penambahbaikan.
Semoga Allah Taala kurniakan kita semua taufiq dan hidayah, serta jadikan kita semua daripada golongan yang dikatakan di dalam hadith ini:
روى الترمذي (2914) وأبو داود (1464) واللفظ له ، عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ : اقْرَأْ وَارْتَقِ وَرَتِّلْ ، كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا ، فَإِنَّ مَنْزِلَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَؤُهَا )
Maksud hadith riwayat Tirmidhi & Abu Dawud itu, sabda Rasulullah (saw): Dikatakan kepada orang yang membaca (menghafalkan) al-Qur’an nanti, ‘Bacalah dan naiklah serta tartillah sebagaimana engkau di dunia mentartilnya! Karena kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca (hafal)'.