Program hafazan yang berstruktur dan tersusun. Maklumat lanjut berkenaan program disertakan di bawah. Terima kasih kerana ingin turut serta. Mohon sebarkan peluang ini kepada keluarga dan sahabat handai.
Program hafazan yang berstruktur dan tersusun. Maklumat lanjut berkenaan program disertakan di bawah. Terima kasih kerana ingin turut serta. Mohon sebarkan peluang ini kepada keluarga dan sahabat handai.
πβ¨ MARI MENGHAFAL bersama Bayt Al Furqan!Β
πΏ SURAH YASIN PERINGKAT 1 (AYAT 1-32) dibuka semula bermula 2 September 2026.
πΏ SURAH YASIN PERINGKAT 2 (AYAT 33-50) sedang berlangsung.
πΏ SURAH YASIN PERINGKAT 3 (AYAT 51-83) bermula 2 September 2026.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh πΈ
Alhamdulillah, Bayt al Furqan ada satu peluang istimewa buat semua pencinta Al Quran, InshaAllah πΏ. Kami mengajak sahabat semua untuk menyertai Bengkel Tajwid & Hafazan Surah YaSin yang akan diadakan secara berperingkat, inshaAllah.
ππ» BUTIRAN PROGRAM
π Sesi Bengkel Tajwid Peringkat 3 - Surah YaSin (Ayat 33-50)
bersama Sheikh Nader Fahd Sheikh Abdullah
ποΈ 2-3 September 2026 (Rabu & Khamis)
π 8:00-9:30PM (Online β Zoom)
Dalam sesi ini, peserta akan:
πΈ Mengeluarkan hukum-hukum tajwid ayat-ayat dalam Surah YaSin dengan bimbingan guru.
πΈ Mempelajari cara bacaan dengan makhraj dan sifat huruf yang betul agar bacaan lebih baik.
π HAFAZAN
Β ποΈ selama lebih kurang sebulanΒ untuk setiap peringkat
β¨ Hafal secara kendiri mengikut jadual dan kemampuan masing-masing.
Jumlah pertemuan bersama guru adalah 2 sesi Bengkel,Β 8-9 sesi tasmi'/ muroja'ah & 1 sesi ujian mengikut jadual yang disusun. Sekiranya ada keperluan, guru mungkin menukar waktu sesi kerana komitmen kelas atau urusan lain. Namun, perkara ini jarang berlaku dan akan dimaklumkan lebih awal, insyaAllah.
π Setiap Isnin & Khamis, jam 5.00 petang (kadangkala 9.00 malam), peserta akan hadir ke sesi tasmi' dan murojaah melalui Zoom. Setiap peserta akan membaca hafazan seorang demi seorang di hadapan guru untuk semakan.Β
Dalam sesi tasmi', peserta akan:
πΏ Membaca hafalan sambil disemak oleh guru.
πΏ Dibantu untuk membaca hafalan mengikut hukum tajwid yang betul.
πΏ Mendapat motivasi menghafal bersama rakan-rakan sekumpulan.
Setiap peserta akan dimasukkan dalam kumpulan kecil (6-7 peserta) bergantung kepada jumlah penyertaan, InshaAllah.Β
Selepas selesai membaca di hadapan guru, peserta boleh memilih sama ada untuk terus berada dalam sesi Zoom bagi mendengar bacaan rakan-rakan atau keluar daripada bilik Zoom.
Guru tidak tetap. Antara guru yang membimbing secara bergilir adalah:
* Sheikh Nader
* Sheikh Mahrous
* Sheikh Hazem
* Sheikh Muhammad
* Ustazah Ummul Huda
* Ustazah Lin (selaku admin program)
π± Dengan izin Allah, ini adalah antara program hafazan yang memberikan penekanan kepada bacaan bertajwid dengan yuran yang sangat berpatutan.
π KENAPA PERLU SERTAI PROGRAM INI?
1οΈβ£ Panduan Langkah Demi Langkah β InshaAllah, bimbingan diberi dari awal hingga akhir.
2οΈβ£ Ilmu & Amalan Bergabung β Belajar tahsin/tajwid dan hafazan dalam satu program.
3οΈβ£ Bimbingan Asatizah β Dapatkan tunjuk ajar terus daripada guru-guru Bayt Al Furqan, InshaAllah.
4οΈβ£ Kumpulan Kecil & Fokus β Setiap peserta diberi masa tertentu dalam kumpulan kecil.
5οΈβ£ Ganjaran Dunia & Akhirat β Semoga istiqomah dan dapat menjadikan hafazan ini amalan yang berterusan, InshaAllah.
ππ» BUTIRAN YURAN
π° Yuran penuh:Β
RM100 (Peringkat 1)
RM100 (Peringkat 2)
RM100 (Peringkat 3)
π· DAFTAR SEKARANG
π· PERTANYAAN
π« Mari bersama-sama menghafal dalam tempoh yang ditetapkan.
Jangan lupa sebarkan kepada keluarga dan sahabat. Moga Allah menulis langkah kecil ini sebagai sebab hidayah dan pahala berterusan untuk kita semua. Aamiin.
Jazakumullahu khairan π·
CIMB | BAYT AL FURQAN | 8603 415 424 | Ref. yasin p1 atau p3